BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 22 December 2011

RINDU AIMY-anak saudaraku

Aimy an'am Slideshow: Siti’s trip from Alor Setar, Kedah, Malaysia to 2 cities and Johor Bahru was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Wednesday 21 December 2011

Samsung Galaxy Y - IDAMANku

 





handphone samsung galaxy y kini menjadi idamanku..harganya agak berpatutan.hanya RM499.kini aku akan mula saving untuk memiliki hp nie...

hp nie antara yang terbaik sbb harganya murah dengan pelbagai kelebihan dan pelbagai warna..yg penting android dan wifi.so tunggu apa lagi.jom pakat2 beli

Tuesday 20 December 2011

Ulasan Novel-bahagian 1 : Novel PERLU KAMU

assalamualaikum...

alhamdulillah selepas semalam bersengkang mata dan menahan lapar,aku berjaya menghabiskan sebuah novel yang aku baru beli semalam..novel PERLU KAMU menjadi pilihan untuk dibaca.

Novel PERLU KAMU memang best untuk dibaca sebab jalan cerita novel ni tak terlalu berat untuk pembaca.permulaan novel ini boleh dikatakan agak baik.novel ini bermula dengan pertemuan IQRAM dengan seorang gadis di dalam mimipinya dan IQRAM mula jatuh cinta pada si gadis tersebut walaupun dia tidak pernah melihat gadis secara realiti dan dia juga sudah mempunyai teman wanita yang bernama Natasya.

Perkembangan novel ini diteruskan apabila IQRAM telah bertemu dengan gadis yang selalu muncul di dalam mimpinya iaitu INSYIRAH yang kebetulan bekerja satu pejabat dengannya.

Novel ini diteruskan apabila berlaku satu peristiwa yang tidak diduga oleh mereka berdua terutama sekali INSYIRAH.Dua kejadian berlaku dalam satu masa menyebabkan beliau menaruh perasaan benci kepada IQRAM kerana pada ketika itu INSYIRAH masih menaruh perasaan kepada teman lelakinya,ZAFRIL.

Konflik terus berlaku apabila Natasya tidak dapat menerima hakikat bahawa IQRAM telah memutuskan perhubungan mereka.pelbagai cara yg talah dia lakukan untuk memiliki IQRAM.

PENGHUJUNGNYA..?

kenalah baca sendiri ye..tak rugi beli novel ini.

p/s : ulasan dan komen yang diberikan untuk novel ini adalah berdasarkan pandangan diriku sendiri kerana aku adalah penCINTA NOVEL yang SETIA.

Monday 19 December 2011

hak MILIK kekal

kalau td sibuk dok cerita beli novel sekarang nie nak cita pasal beli purse plak...hahah...baru sampai..kononnya design baru tp betulla kot...cari tempat lain xdak kat tempat yg beli tue ja ada...


nak tau mcm mana rupa dia...jom tgk...jgn terkejut plak tgk warna dia..hahaha






kenapa sampai dua...?satu utk my lovely cousin.dia minta tlg belikan...cantik x?..ok lah kan..

Borong NOVEL...i'm LOVE it

kalau semalam dah jalan-jalan cari makan hari nie plak aku ngan mama jalan-jalan cari NOVEL...mmg best la sbb aku ngan mama berkongsi hobi yang sama...apa lagi kalau bukan membaca novel.

kalau dulu waktu sekolah menengah mama ja yg dok beli novel tapi sekrang nie giliran aku plak bila aku dah masuk maktab perguruan nie...almaklumlah dapat elaun kan...hehhe..guna sebahagian utk beli novel setiap bulan...sekurang-kuranya 3 buah novel gak la setiap bulan...hehehe

tapi hari nie aku ngan mama kongsi beli novel sbbnya dah hujung2 tahun nie paham2 je la...semput!..hehhe..
aku ngan mama hari nie borong 5 buah NOVEL..LIMA tau...

nak tau novel apa?...nie ha.cuba tgk..







amacam...jeles x...?heheh...niela antara koleksi NOVEL yang terbaru...BANGGAnya..

30 minit Ustaz Don - Episode 1 -- Pengenalan Tentang Islam Bah 1

DIA SEORANG CINTA

" aku tahu dia sayang aku tapi....


    " tapi apa lagi?kau kena beri peluang pada diri kau sendiri.kau juga perlu menikmati erti bahagia.kau jangan asyik terlalu memikirkan orang lain.kau harus fikirkan diri kau sama,Sofia." ujar Adlin pada Sofia Saufi yang seolah-olah telah hilang semangat untuk hidup.

    " kau tak faham lin.aku yang rasa sakit bila aku buat macam tu.aku rasa dah tak bermaya tapi aku tak ada pilihan Lin.aku terpaksa." bergenang air mata Sofia Saufi apabila mengenang kembali apa yang terpaksa dia lakukan dalam kehidupan dia.

    Kehidupan Sofia Suafi kini berubah seratus peratus.kehilangan orang tersayang membuatkan dia hilang arah dan tiada lagi tempat bergantung.Adam Faris telah pergi buat selamanya.Seorang lelaki yang begitu dicintai Sofia Saufi.Namun lelaki itu telah meninggalkan dia buat selamanya kerana telah dijemput Illahi.

    " aku terima nikahnya Sofia Saufi binti Kamarul dengan mas kahwinnya RM200 tunai." dengan sekali lafaz sahaja Sofia telah menjadi isteri yang sah kepada seorang lelaki yang bernama Adam Faris.

    " terima kasih sayang.terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang.abang sayang sangat Sofia." Adam Faris meluahkan rasa cintanya yang begitu mendalam kepada Sofia yang telah sah menjadi isterinya pada pagi tadi.

    " Suafi pun sayang abang juga.cinta Saufi tiada tandingannya abang.hanya abang dihati Saufi.Tiada dua tiada yang seterusnya.hanya abang sahaja yang Saufi cintai.Terima kasih abang kerana sudi menerima Saufi yang serba kekurangan ini." luah Sofia sambil mengucup tangan Adam Faris.

    " Sofia....

    Sofia Saufi tersedar dari kenangan lalu.kenangan bersama arwah suaminya,Adam Faris selepas mereka diijabkabulkan tetapi kenangan itu hanya tinggal menjadi kenangan yang terindah dalam hidupnya.Perlahan-lahan dia mengusap perutnya yang kini memasuki lima bulan.