BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 20 December 2011

Ulasan Novel-bahagian 1 : Novel PERLU KAMU

assalamualaikum...

alhamdulillah selepas semalam bersengkang mata dan menahan lapar,aku berjaya menghabiskan sebuah novel yang aku baru beli semalam..novel PERLU KAMU menjadi pilihan untuk dibaca.

Novel PERLU KAMU memang best untuk dibaca sebab jalan cerita novel ni tak terlalu berat untuk pembaca.permulaan novel ini boleh dikatakan agak baik.novel ini bermula dengan pertemuan IQRAM dengan seorang gadis di dalam mimipinya dan IQRAM mula jatuh cinta pada si gadis tersebut walaupun dia tidak pernah melihat gadis secara realiti dan dia juga sudah mempunyai teman wanita yang bernama Natasya.

Perkembangan novel ini diteruskan apabila IQRAM telah bertemu dengan gadis yang selalu muncul di dalam mimpinya iaitu INSYIRAH yang kebetulan bekerja satu pejabat dengannya.

Novel ini diteruskan apabila berlaku satu peristiwa yang tidak diduga oleh mereka berdua terutama sekali INSYIRAH.Dua kejadian berlaku dalam satu masa menyebabkan beliau menaruh perasaan benci kepada IQRAM kerana pada ketika itu INSYIRAH masih menaruh perasaan kepada teman lelakinya,ZAFRIL.

Konflik terus berlaku apabila Natasya tidak dapat menerima hakikat bahawa IQRAM telah memutuskan perhubungan mereka.pelbagai cara yg talah dia lakukan untuk memiliki IQRAM.

PENGHUJUNGNYA..?

kenalah baca sendiri ye..tak rugi beli novel ini.

p/s : ulasan dan komen yang diberikan untuk novel ini adalah berdasarkan pandangan diriku sendiri kerana aku adalah penCINTA NOVEL yang SETIA.

0 comments: